Menurut Dr Abdul Ghani ‘Abod : Adams mendefinisikan Economic Growth
sebagai :
“تحول مستمر, واعادة لتوزیع الموارد وكان التحول من الناحیة التاریخیة من الزراعة الى الصناعة, ومن ثمة الىالخدمات
sebagai :
“تحول مستمر, واعادة لتوزیع الموارد وكان التحول من الناحیة التاریخیة من الزراعة الى الصناعة, ومن ثمة الىالخدمات
“Perkembangan atau peralihan yang berterusan, merangkum pengagihan semula sumber-sumber kekayaan. Perkembangan dari sudut sejarahnya dari era pertanian kepada era industeri dan dari tahap itu kepada era perkhidmatan.”
Namun menurut Dr Abdul Ghani definisi ini akan dilihat sebagai suatu definisi yang sempit kecuali pengertian proses peralihan tersebut difahami secara meluas; merangkum perubahan dalam setiap aspek kehidupan.
Sebenarnya konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan sumber daya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama (driving force) pembangunan ekonomi.
Pengembangan sumber daya manusia merangkum seluruh potensi dan keberdayaan dan kualitas kemanusiaan dari sudut rohani dan moral. Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem keuangan dan dasar perniagaan global yang adil. Ia juga merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi, pengembangan teknologi, usaha dan sebagainya.
0 Comments
Post a Comment